Sejujur Hatimu
Author | : Umi Azrini |
Publisher | : Alaf 21 |
Total Pages | : 481 |
Release | : 2006 |
ISBN-10 | : 9789831242704 |
ISBN-13 | : 983124270X |
Rating | : 4/5 (70X Downloads) |
Download or read book Sejujur Hatimu written by Umi Azrini and published by Alaf 21. This book was released on 2006 with total page 481 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: REEN sebak setiap kali teringatkan dia. Sudah tiga hari dia menangis. Cukuplah. Air matanya kini sudah kering untuk lelaki itu. Muka macam hero, tetapi hati macam binatang! Dasar manusia tidak berhati perut! Bencinya bukan dibuat-buat. Marahnya meluap-luap. Dia telah diperbodohkan oleh sepupu sendiri. Jadikan saudara sendiri seperti barang permainan dan bahan ketawa. Maruahnya dipertaruhkan. Dia berasa cukup terhina. Hinaan paling besar kerana saudara sendiri yang melakukannya. “Tak guna!” Reen menyumpah. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu hakikat permainan ini. Keluarganya langsung tidak tahu-menahu. Tetapi dia pasti, suatu hari nanti akan heboh jua. Biarlah anak ini melihat dunia dulu. Dia tidak akan sesekali membenarkan lelaki itu mendekatinya lagi. Dia akan pergi jauh dari sini. Biarlah kenangan pahit itu kekal di sini. Cameron Highlands sekali lagi menyaksikan kesedihan Nik Nazrini. Lara hatinya dibawa ke tanah dingin ini dengan harapan akan sedikit sebanyak menyejukkan hati yang luka. Bila agaknya darah yang mengalir dari hati luka ini akan berhenti? Dia kurang pasti. Yang pasti, parut yang tinggal nanti tentu hodoh sekali. Dia bencikan parut yang bakal melekat dalam hatinya. Ia pasti akan menjadi dendam kesumat. Dendam pada manusia yang tidak berhati perut. Tergamak membakar impian orang lain semata-mata untuk menjaga ego sendiri.